Sunday, January 10, 2010

Unit 18 Kebersihan dan Keceriaan Sekolah Tanggungjawab Bersama





Setiap hari
Kakiku melangkah
Ke sekolah yang amat kucintai.
Kiri kanan jalan yang kulalui
Bunga-bunga disiram segar
Indah dan harum di merata-rata
Menyambutku dengan penuh senyuman.
Sekolah yang kusayangi
Bersih, ceria dan cantik
Tempat kami belajar dengan selesa
Padang yang menghijau
Gelanggang yang bersih
Tempat kami bermain dengan gembira.
Sekolahku syurguku
Akan kujaga dan kupelihara
Sampah tidak dibuang merata-rata
Bunga berkembang tidak dipetik
Agar kau sentiasa ceria dan cantik.






Nyatakan cara-cara kita menjaga kebersihan padang dan gelanggang permainan di sekolah.
*Membuang sampah di tempat yang disediakan .
*Pastikan tiada lubang atau lopak.
*
*





Unit 20 Alam Sekitar Hak Semua



Kita perlu peka terhadap beberapa aktiviti manusia yang mendatangkan kesan buruk kepada hidupan bumi. Antara aktiviti itu ialah kegiatan perkilangan, pembuangan sampah dan penebangan pokok tanpa kawalan.














1. Apakah tujuan “Kempen Cintailah Sungai Kita”?
2. Bagaimanakah kamu menyokong “Kempen Cintailah Sungai Kita”?
3. Apakah yang akan terjadi jika tidak menjaga kebersihan sungai?




* Kebanyakan ikan maut kerana pencemaran air.








Saturday, January 9, 2010




Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan. Setiap negeri mempunyai lambang yang tersendiri. Lambang tersebut adalah dalam bentuk bendera, lagu dan jata negeri. Lambang menggambarkan identiti negeri.
Sebagai rakyat yang taat dan setia, kita mestilah mengenali dan menghormati lambang dan pemimpin negeri. Contohnya, kita digalakkan supaya mengibarkan bendera dan menggantungkan gambar pemimpin di dinding sekolah.

* Peta Malaysia








* 14 Jalur putih dan merah melambangkan keanggotaan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.
* Warna biru tua bermakna perpaduan rakyat.
* Anak bulan adalah tanda Agama Islam, agama rasmi negara
* 14 buah bintang melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.Warna kuning adalah warna diraja.